![]() |
malaysiana... | |
![]()
|
Intitusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia terdiri dari 20 universiti awam (UA), 36 politeknik, 106 kolej komuniti, dan 382 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Sehingga tahun 2025 (IPTS) terdiri dan dari 271 kolej swasta, 64 universiti swasta, 36 Kolej Universiti dan 11 Kampus Cawangan Universiti Luar Negara. Lihat UPU Online, ranking universiti dan destinasi pilihan pelajar. Lepasan pelajar SPM Malaysia boleh memilih (sekiranya melepasi syarat kelayakan tertentu) antara Universiti Awam (dulu disebut IPTA), universiti swasta, universiti luar negara kampus Malaysia, Kolej Universiti, kolej-kolej swasta, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Prauniversiti (Tingkatan Enam), IPG (Institut Pendidikan Guru), International Baccalaureate (A-Level), program-program GiatMARA, program asasi (pusat asasi, foundation, Tamhidi), program-program TVET atau mengambil APEL-A. |
![]() |
|
|
![]() Negara Malaysia berada di rantau Asia Tenggara di benua Asia. Malaysia berada sedikit di atas garisan Khatulistiwa pada garisan lintang 1o dan 7o Utara dan garisan bujur 100o dan 119o Timur. Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia di semenanjung, dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) di pulau Borneo. Sabah dan Sarawak lebih besar dari Semenanjung Malaysia. Keluasan Malaysia adalah 330,803 km persegi iaitu yang ke-65 luas di dunia. Jumlah penduduk Malaysia ialah 35.56 juta orang. Malaysia berkongsi sempadan fizikal dengan Thailand di semenanjung, dan dengan Brunei dan Kalimantan (Indonesia) di Pulau Borneo. Jiran Malaysia yang lain ialah Singapura yang dipisahkan oleh Selat Tebrau, dan Filipina yang dipisahkan oleh Laut Sulu. Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dipisahkan oleh Laut China Selatan. Kedudukan lokasi geografi ini menyebabkan Malaysia dipengaruhi iklim Khatulistiwa dengan kelembapan yang tinggi dan hujan sepanjang tahun. Selat Melaka yang terletak antara Pulau Sumatera dan Semenanjung Malaysia adalah selat terpanjang di dunia (930 km). Selat ini menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut Pasifik. Malaysia ada 879 pulau (418 di Semenanjung, 394 di Sabah). Sejumlah 535 dari pulau-pulau ini tidak (atau belum) berpenghuni. |
|
Hari Kebangsaan |
Hari Malaysia |
Kuala Lumpur ibu negara |
![]() Ketua Negara MalaysiaKetua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ditabalkan sebagai YDPA ke-17 pada 31 Januari 2024. YDPA dipilih oleh Majlis Raja-raja untuk memerintah secara giliran bagi tempoh lima tahun. ![]() Ketua Kerajaan MalaysiaPerdana Menteri ialah Ketua Kerajaan Malaysia. Saudara Anwar Ibrahim (PMX) ialah Perdana Menteri Malaysia kesepuluh (sejak 24 November 2022). |
Yang di-Pertuan Agong pertamaAl-Marhum Tuanku Sir Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) ialah Agong Tanah Melayu yang pertama. Baginda dipilih oleh Persidangan Khas Majlis Raja-raja Melayu pada 3 Ogos 1957 berdasarkan Bahagian 4, Artikel 32, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Ketua Menteri pertamaTunku Abdul Rahman adalah satu-satunya Ketua Menteri Tanah Melayu. Beliau menjadi Ketua Menteri selepas Parti Perikatan memenangi pilihanraya 1955. Jemaah menteri yang dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman adalah jemaah menteri pertama Tanah Melayu. Perdana Menteri pertamaJawatan Perdana Menteri wujud selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman menjdi Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu. 17 Agong, 10 Perdana MenteriSejak 68 tahun merdeka dalam tahun 1957 hingga kini, Malaysia telah mempunyai 17 Agong dan 10 Perdana Menteri. |
![]() Jata NegaraJata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Sistem Pemerintahan MalaysiaMalaysia mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Melalui sistem ini, negara diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Rakyat Malaysia memilih wakil-wakil mereka melalui pilihanraya umum (PRU). |
Jalur Gemilang ialah |
Malaysia Barat |
![]() Islam agama rasmiPerlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) menetapkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan namun agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai. Agong sebagai Ketua AgamaKetua Agama Islam Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. Baginda juga menjadi Ketua Agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan atau raja serta negeri baginda sendiri. Baginda berkuasa untuk melantik mufti di setiap negeri berkenaan. |
![]() Negara ke-65 paling luas di dunia Zon masa Kod ISO Kod telefon Domain internet |
Tiga negara Eropah pernah menjajah Tanah Melayu
Zaman pendudukan tentera Jepun Negara Komanwel Negara anggita ASEAN Negara anggota PBB |
Malaysia di sukan olimpik Malaysia menyertai 17 temasya sukan olimpik sejak 1956. Malaysia boikot sukan olimpik 1980 di Moscow. Sehingga 2024, Malaysia menang 15 pingat melalui 15 olimpian. Malaysia belum pernah menang pingat emas olimpik. Tuan Rumah Sukan Komanwel Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998. Sukan Komanwel ialah sukan kedua terbesar dunia selepas Sukan Olimpik. Rekod olahraga paling lama bertahan Rekod kebangsaan acara 5000 meter lelaki dengan catatan masa 14:06.84 saat masih bertahan dan belum mampu dipecahkan sejak 27 Ogos 1994. Rekod tersebut adalah milik pelari Sivalingam Muthiah. Tiga hari kemudian, beliau mencipta rekod terpantas acara 10,000 meter lelaki dengan catatan 29:30.19 pada 27 Ogos 1994. Kedua-dua rekod ini masih utuh selama 31 tahun dan tidak terpecahkan hingga kini. |
|
Nama Semenanjung Tanah Melayu tertua ialah Aurea Chersonesus. Gunung Kinabalu (4095 meter) di Sabah adalah gunung tertinggi di Malaysia dan yang kelima tertinggi di Asia Tenggara. Lima tapak warisan dunia di Malaysia telah diiktiraf oleh UNESCO iaitu Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Kinabalu, Bandar bersejarah Melaka dan Georgetown, warisan arkeologi Lembah Lenggong, dan warisan arkeologi Kompleks Gua Niah. ![]() Kereta pertama keluaran Malaysia ialah Proton Saga. Dilancarkan pada 9 Julai 1985. Hasil kerjasama kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motors Jepun. Berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. |
![]() Bahasa rasmi Malaysia (bahasa kebangsaan) ialah Bahasa Melayu seperti mana yang diperuntukkan oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kamus bahasa Melayu tertua diterbitkan oleh orang bukan Melayu dalam tahun 1631. ![]() Sarapan pagi paling popular di kalangan orang Malaysia ialah nasik lemak, roti canai dan teh tarik. |
Haiwan kebangsaan Malaysia ialah harimau belang (Harimau Malaya) iaitu subspesies harimau yang hanya ada di Semenanjung Malaysia. Burung kebangsaan Malaysia ialah burung kenyalang (Rhinoceros Hornbill). Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya (Hibiscus rosasinensis) berwarna merah. Lagu kebangsaan Malaysia ialah Negaraku. Motto negara Malaysia ialah 'Bersekutu Bertambah Mutu' Mata wang Malaysia ialah Ringgit Malaysia (RM). Nilai wang kertas Malaysia ialah RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Wang syiling Malaysia adalah dalam nilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Keretapi pertama beroperasi di Malaysia adalah keretapi yang menghubungkan pekan Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) di Perak. Dirasmi oleh Hugh Low (Residen Perak) dan mula digunakan bermula 1 Jun 1885. Kerja-kerja pembinaan telah pun bermula tiga tahun sebelumnya. |