![]() |
Kolej Matrikulasi | |
| Laman Depan | ||
|
Kolej matrikulasi adalah institusi pengajian yang menawarkan program prauniversiti yang berkualiti dengan tujuan untuk menyiapkan pelajar bumiputera melayakkan diri ke pengajian-pengajian peringkat ijazah pertama (sarjana muda) di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. |
Kolej Matrikulasi MARA
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan
|
Program matrikulasi ialah program persediaan prauniversiti yang disediakan untuk lepasan SPM. Selepas tamat program tersebut, mereka yang layak akan terus melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Sebelum ini, program matrikulasi ini dikendalikan sendiri oleh Universiti Awam. Masing-masing universiti mempunyai cara dan corak pelaksanaan yang tersendiri. Selepas menamatkan matrikulasi, pelajar akan terus melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti yang sama. Namun bermula pada tahun 1999, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyatukan dan mengambilalih program matrikulasi ini. Tujuannya ialah untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Kini, program matrikulasi ini dikenali sebagai Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula pada tahun 2016, lulusan matrikulasi KPM akan menerima sijil. Tujuannya ialah supaya lepasan matrikulasi ini mudah memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta. Mulai tahun 2008, KPM telah memperkenalkan program matrikulasi teknikal iaitu khusus untuk bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) lulusan Sains Teknikal di beberapa kolej di Pendang, Jengka, dan Pontian. Program yang ditawarkan adalah:
Manakala jurusan yang ditawarkan pula ialah:
Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2020. Pemohon terlebih dahulu perlu membeli nombor PIN lima digit (nombor pengenalan individu) dengan bayaran RM10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tanpa no PIN ini, pemohon tidak boleh mengakses borang permohonan atas talian. Pemohon boleh membuat permohonan di atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan dan nombor PIN lima digit tadi. Sebelum ini ada dakwaan bahawa program matrikulasi tidaklah seketat atau sesusah peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan). Ada tuduhan bahawa program matrikulasi KPM ini bertujuan untuk membantu pelajar bumiputera masuk ke Universiti Awam dengan mudah. Apatah lagi program matrikulasi KPM ini diperkenalkan selepas kuota berdasarkan kaum untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam telah dimansuhkan. |