Balik ke laman malaysiana / institusi pengajian tinggi /

Pengajian Politeknik


Pendidikan di Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1969 dan politeknik pertama ialah Politeknik Ungku Omar di Ipoh. Politeknik sekarang ini dijadikan peneraju bidang TVET. Sekarang ini ada 36 Politeknik di seluruh Malaysia. Bilangan Kolej Komuniti pula ialah 100. Ada tiga kategori politeknik di Malaysia iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional, dan Politeknik METrO.


Kemasukan Pelajar Ke Politeknik Konvensional Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
untuk menyambung tahap bagi Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Suruhanjaya Tenaga (ST), dan Pengajian Sijil Pengajar Vokasional (VTO) untuk permohonan kemasukan ke IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, CIAST, Politeknik Konvensional, dan BLKP, telah ditutup.

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan Universiti Awam. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier. Ada tiga Politeknik Premier:

  1. Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak

  2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor

  3. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor

Politeknik METrO adalah adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Ada lima buah Politeknik METrO:

  1. Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL), Kuala Lumpur

  2. Politeknik Metro Kuantan (PMKU), Kuantan, Pahang

  3. Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), Johor Bahru, Johor

  4. Politeknik Metro Betong (PMBS), Betong, Sarawak

  5. Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG), Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Politeknik Konvensional adalah 28 buah politeknik selain Politeknik Premier dan Politenik METrO:

  1. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang

  2. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah

  3. Politeknik Kota Bharu (PKB), Ketereh, Kelantan

  4. Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Kucing, Sarawak

  5. Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Kota Kinabalu, Sabah

  6. Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang

  7. Politeknik Port Dickson, Port DIckson, Negeri Sembilan

  8. Politeknik Melaka (PMK), Melaka

  9. Politeknik Kuala Terengganu (PKT), Kuala Terengganu, Terengganu

  10. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu

  11. Politeknik Merlimau (PMM), Merlimau, Melaka

  12. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak

  13. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah

  14. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sg Air Tawar, Selangor

  15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis

  16. Politeknik Muadzam Shah (PMS), Muadzam Shah, Pahang

  17. Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Mukah, Sarawak

  18. Politeknik Balik Pulau (PBU), Balik Pulau, Pulau Pinang

  19. Politeknik Jeli (PJK), Jeli, Kelantan

  20. Politeknik Nilai (PNS), Bandar Enstek, Negeri Sembilan

  21. Politeknik Banting (PBS), Banting, Selangor

  22. Politeknik Mersing (PMJ), Mersing, Johor

  23. Politeknik Hulu Terengganu (PHT), Hulu Terengganu, Terengganu

  24. Politeknik Sandakan (PSS), Sandakan, Sabah

  25. Politeknik Tawau (PMTS), Sandakan, Sabah

  26. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Kuantan, Pahang

  27. Politeknik Besut (PBT), Besut, Terengganu

  28. Politeknik Bagan Datuk (PBD), Bagan Datuk, Perak

Kenapa Memilih Politeknik dan Kolej Komuniti?
  • Intitusi milik penuh kerajaan

  • Lokasi di seluruh negara

  • Peluang pekerjaan yang cerah

  • Program pengajian diiktiraf MQA

  • Yuran pengajian yang berpatutan

  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi


Siapa yang boleh memohon?
  • Lepasan SPM
  • Pemegang Sijil Politeknik
  • Lepasan Kolej Komuniti
  • Lepasan Institut Kemahiran Mara
  • Lepasan Institut Pertanian
  • Lepasan Institut Kemahiran Tinggi PERDA
  • Lepasan Kemahiran Malaysia (SKM)

Pelajar yang telah tamat pengajian di peringkat sijil kolej komuniti dan ingin memohon ke pengajian peringkat diploma di Politeknik mestilah memiliki HPNM sekurang-kurangnya 2.90 dan setahun pengalaman selepas tamat pengajian di peringkat sijil kolej komuniti. Jika HPNM kurang daripada 2.90, pemohon mestilah mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun.

Yuran Pengajian

Berapakah jumlah yuran yang dikenakan oleh Politeknik?

Yuran Pengajian - RM200.000 setiap semester
Yuran Asrama - RM60.000 setiap semester
Bayaran Pendaftaran - RM600.00 (anggaran, dan ditetapkan oleh masing--masing politeknik

Bagaimana Memohon?

Untuk permohonan kemasukan ke politeknik sila ke ambilan.mypolycc.edu.my.