![]() |
International Baccalaureate | |
| Laman Depan | ||
International BaccalaureateProgram International Baccalaureate (IB) atau International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) ialah salah satu dari program prauniversiti di Malaysia (selain dari tingkatan enam dan matrikulasi). Program ini adalah program antarabangsa yang dibangunkan di Geneva, Switzerland dan sudah semestinya juga diiktiraf oleh institusi pendidikan antarabangsa. Dikatakan sebanyak 100 negara mengiktiraf peperiksaan ini. Siapa boleh mohon?Lepasan SPM atau lepasan peperiksaan O-Level dan berumur antara 16-19 tahun. Para lepasan SPM memerlukan minimum 5C untuk mengambil IB. Tempoh pengajian Diploma International Baccalaureate ialah selama dua tahun (24 bulan) yang merangkumi empat semester dengan 20 minggu bagi setiap semester. |
Tujuan International BaccalaureateSama seperti program prauniversiti yang lain, tujuan mengambil International Baccalaureate adalah untuk melayakkan ke pengajian ke peringkat universiti. Di mana boleh ambil International BaccalaureateBuat masa ini, program ini ditawarkan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (mulai 2011), Kolej Tunku Kursiah, Negeri Sembilan (mulai 2016), dan sekolah antarabangsa (international school) yang terkenal seperti International School of Kuala Lumpur di Ampang, Mont Kiara International School di Mont Kiara Kuala Lumpur, Nexus International School di Putrajaya, dan International School of Penang di Pulau Pinang. |