Balik ke laman malaysiana / institusi pengajian tinggi / |
APEL A - Laluan alternatif ke universiti tanpa SPM |
Mohon IPT tanpa SPM Jika tiada SPM atau mana-mana sijil peperiksaan yang setaraf, atau jumlah kepujian dalam SPM tidak mencukupi, anda masih mempunyai peluang untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Caranya ialah dengan menggunakan APEL, atau istilah yang lebih tepat, Sijil MQA APEL.
APEL adalah singkatan bagi 'Accreditation of Prior Experiential Learning atau 'Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu'. APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Perkara asas dalam APEL ialah 'pengalaman terdahulu'. Pengalaman terdahulu inilah yang menggantikan sijil peperiksaan melalui ujian bertulis. Pengalaman terdahulu yang dimaksudkan itu merangkumi pembelajaran formal atau tidak formal seperti pengalaman berkerja, kursus jangka pendek yang disertai, khidmat masyarakat yang diceburi atau kerja-kerja sukarela yang dijalankan, pembelajaran sendiri atau aktiviti riadah. Oleh kerana pembelajaran tersebut tidak pernah dinilai melalui peperiksaan sebelum ini, pemohon APEL perlulah mengemukakan bukti tentang 'pengalaman' mereka tersebut. Bukti-bukti tersebut boleh berbentuk laporan, portfolio, projek, prestasi, tugasan bertulis, lisan, atau wawancara, yang akan dinilai oleh MQA. Sekiranya, 'pengalaman' tersebut memenuhi kriteria tahap tertentu, maka MQA akan mengeluarkan Sijil MQA APEL yang diiktiraf dan boleh digunakan untuk memohon tempat di IPT sama ada untuk ke program sijil, diploma, malah ijazah sekali pun. Ada dua jenis APEL Ada dua jenis APEL iaitu:
APEL (A) telah diperkenalkan pada 2011 manakala APEL (C) mula diperkenalkan dalam tahun 2016. APEL (Q) belum lagi diperkenalkan di Malaysia namun dijangka mula dilaksanakan pada tahun 2020. Beberapa negara maju seperti Australia dan Kanada telah pun memperkenalkan APEL (Q). Di Malaysia pula, APEL (Q) akan diperkenalkan apabila pelaksanaan APEL (C) telah mantap. Siapa yang mengeluarkan Sijil APEL? Sijil APEL (A) iaitu untuk tahap Sijil dan Diploma dikeluarkan oleh MQA. Sijil APEL (C) iaitu untuk tahap Sarjana Muda dan Sarjana dikeluarkan oleh PPA iaitu Pusat Penilaian APEL. Sehingga tahun 2016, hanya ada dua PPA iaitu Wawasan Open University (WOU) dna Open University Malaysia (OUM). |
Siapa layak mohon APEL (A)?
Bagaimana rupa ujian APEL? Untuk mendapatkan Sijil MQA APEL, pelajar perlu buat dua perkara iaitu:
Ujian Aptitude ini terdiri daripada penilaian tentang kebolehan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan pengetahuan am. Empat Tahap Kemasukan APEL Sehingga kini penilaian APEL (A) telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu:
Bagaimana APEL (A) dinilai? Untuk mendapatkan Sijil APEL (A), pelajar perlu melalui tiga jenis penilaian iaitu:
Ujian Aptitud menguji 4 aspek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan AM. Portfolio pula ialah kompilasi pengalaman pelajar dalam bidang pekerjaannya. Temuduga adalah untuk calon Sarjana sahaja. Temuduga adalah selama 45 minit dan dikendalikan oleh dua orang panel. Bagaimana nak mohon APEL? Sila lawan laman APEL di sini |