malaysiana...


Malaysia di Sukan Olimpik 1956-2024


15 Olimpian Malaysia

Malaysia (dua kali sebagai Persekutuan Tanah Melayu) telah menyertai 17 temasya Sukan Olimpik musim panas sejak 1956 dan telah berjaya menang 15 pingat melalui 15 olimpian.

Berikut adalah olimpian yang berjaya membawa pulang pingat dan mengharumkan nama negara.

  1. Razif Sidek, pingat gangsa, Barcelona 1992, bergu badminton

  2. Jalani Sidek, pingat gangsa, Barcelona 1992, bergu badminton

  3. Cheah Soon Kit, pingat perak, Atlanta 1996, bergu badminton

  4. Yap Kim Hock, pingat perak, Atlanta 1996, bergu badminton

  5. Rashid Sidek, pingat gangsa, Atlanta 1996, badminton single

  6. Lee Chong Wei, pingat perak di Beijing 2008, London 2012, Rio 2016, semua acara badminton single

  7. Pandalela Rinong, pingat gangsa, London 2012, terjun, dan pingat perak, Rio 2016, terjun seirama

  8. Cheong Jun Hoong, pingat perak, Rio 2016, terjun seirama

  9. Azizulhasni Awang, pingat gangsa di Rio 2016, pingat perak di Tokyo 2020, semua acara keirin (basikal)

  10. Chan Peng Soon, Rio 2016, pingat perak, beregu campuran badminton

  11. Goh Liu Ying, Rio 2016, pingat perak, beregu campuran badminton

  12. Goh V Shem, pingat perak, Rio 2016, beregu badminton

  13. Tan Wee Kiong, pingat perak, Rio 2016, beregu badminton

  14. Aaron Chia, pingat gangsa di Tokyo 2020, dan di Paris 2024, acara beregu badminton

  15. Lee Zii Jia, pingat gangsa, Paris 2024, badminton single


OlimpikPerakGangsa
Barcelona 1992Beregu badminton
Atlanta 1996Beregu badmintonSingle badminton
Beijing 1998Single badminton
London 2012Single badmintonTerjun 10m
Rio 2016Single badminton
Double badminton
Mix badminton
Terjun seirama
Keirin (basikal)
Tokyo 2020Keirin (basikal)Double badminton
Paris 2024Single badminton
Double badminton
8 pingat perak7 pingat gangsa

  • Kontinjen Malaysia balik tangan kosong tanpa sebarang pingat di Melbourne 1956, Rom 1960, Mexico 1968, Munich 1972, Montreal 1976, LA 1984, Soul 1988, Sydney 2000, Athena 2004

  • Malaysia boikot sukan olimpik Moscow 1080

  • Malaysia telah terlibat dalam sukan olimpik (musim panas) sejak tahun 1956 (pada masa itu sebagai Persekutuan Tanah Melayu).

  • Malaysia menunggu 36 tahun untuk mendapat pingat pertama, iaitu pada penyertaan yang ke-9 (1992 di Barcelona)

  • Pingat olimpik pertama Malaysia ialah pingat perak yang di dimenangi di Barcelona (1992).

  • Pemenang pingat pertama Malaysia ialah pasangan adik-beradik Razif dan Jalani Sidek (Barcelona 1992, acara beregu badminton).

  • Antara tahun 1972 hingga 2024, Malaysia telah menang 15 pingat (8 perak 7 gangsa) melalui 15 orang olimpian.

  • Malaysia belum pernah menang emas Olimpik setelah menyertai 17 sukan olimpik dalam tempoh 68 tahun.

  • Semua negara jiran Malaysia di Asia Tenggara (kecuali Brunei) pernah menang sekurang-kurangnya satu pingat emas.

  • Sehinga kini, Malaysia berjaya memperoleh pingat di Olimpik melalui tiga jenis sukan sahaja iaitu badminton (11 pingat), basikal (2 pingat), dan terjun (2 pingat).

  • Raja Olimpik Malaysia ialah pemain badminton Lee Chong Wei yang menang paling banyak pingat Olimpik untuk Malaysia iaitu tiga pingat perak dalam acara single badminton di Beijing (2008), London (2012) dan Rio (2016).

  • Malaysia tidak menyertai sukan Olimpik 1980 di Moscow kerana mengikut jejak USA dalam kempen boikot Rusia yang menceroboh Afghanistan.

  • Annie Choong (1956 di Melbourne) ialah olimpian wanita pertama negara (dalam acara pecut 100 meter). Tidak menang pingat.

  • Pandelela Rinong ialah olimpian wanita pertama menang pingat iaitu pingat gangsa di London (2012) dalam acara terjun 10 meter.

  • Pandelela Rinong juga ialah satu-satunya (hingga kini) olimpian wanita yang menang dua pingat iaitu gangsa di London (2012) dan perak di Rio (2016).

  • Keluarga Haji Sidek dari Banting ialah keluarga yang melahirkan tiga olimpian Malaysia iaitu pemain badminton adik-beradik Razif, Jalani dan Rashid.

Annie Choong ialah olimpian wanita pertama negara dan wakil tunggal wanita dalam kontinjen Malaysia (pada masa itu masih Persekutuan Tanah Melayu) di Sukan Olimpik Melbourne 1956. Acara lari 100 meter wanita. Lahir pada 20 Februari 1934. Meninggal dunia di Petaling Jaya pada 2 November 2024 semasa berumur 90 tahun.

Pasangan adik-beradik Razif dan Jalani adalah pemenang pingat Olimpik pertama Malaysia. Mereka menang pingat gangsa dalam acara beregu badminton di sukan Olimpik Barcelona 1992.

Pandelela Rinong ialah wanita Malaysia pertama menang pingat sukan olimpik iaitu pingat gangsa di London 2012 melalui acara terjun 10m.

Lee Chong Wei ialah pemenang pingat olimpik paling banyak iaitu tiga perak dalam acara single badminton di tiga sukan olimpik iaitu Beijing (2008), London (2012) dan Rio (2016).