Malaysiana
dari Malaya ke Malaysia..

Dari Malaya ke Malaysia

Penjajah British dan orang Barat memanggil Federation of Malaya (Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948) sebagai Malaya sahaja. Persekutuan yang sama mencapai status merdeka pada 1957 dan kekal disebut Persekutuan Tanah Melayu. Nama ini akhirnya bertukar kepada Persekutuan Malaysia pada 1963 dan disebut Malaysia sahaja. Nama Malaysia kekal digunakan sejak 16 September 1963 hingga sekarang.

Berasal dari Malaya
1 Feb 1948

Penjajah British menubuhkan Federation of Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) pada 1 Februari 1948. Ia merupakan persekutuan 11 negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu (tidak termasuk Singapura) yang menggantikan Gagasan Malayan Union 1946 (sebuah koloni mahkota British) yang ditentang hebat oleh orang Melayu sebelum itu.

Hari Kebangsaan
31 Ogos 1957

Persekutuan Tanah Melayu 1948 mencapai kemerdekaan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957 bersama 11 negeri Melayu (dan masih tidak termasuk Singapura). Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama manakala Tuanku Abdul Rahman menjadi Agong yang pertama. Serentak dengan itu juga Tanah Melayu menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation). Tarikh 31 Ogos disambut saban tahun sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka.

Hari Malaysia
16 September 1963

Negara Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 selepas Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Tarikh tersebut dikenang dan disambut sebagai Hari Malaysia. Nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia ('tanah orang Melayu').

Singapura keluar Malaysia
9 Ogos 1965

Singapura keluar (atau dikeluarkan) dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 untuk menjadi sebuah negara republik. Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri dan Yusof Ishak menjadi Presiden. Malaysia pula kekal sebagai sebuah negara merdeka dengan 13 buah negeri.

Kuala Lumpur ibu negara
sejak merdeka 1957

Kuala Lumpur menjadi ibu negara sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara selepas pembentukan Malaysia pada 1963 dan masih lagi menjadi ibu negara Malaysia hingga kini.

Wilayah Persekutuan
lahir 1 Februari 1974

Kuala Lumpur telah dinaiktaraf menjadi sebuah negeri dan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Sehubungan dengan itu, Kuala Lumpur menjadi negeri Malaysia yang keempat belas.

Labuan (di Sabah) diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua pada 16 April 1984. Putrajaya (di Selangor) menyusul menjadi Wilayah Persekutuan ketiga pada 1 Februari 2001.

Kuala Lumpur kekal ibu negara manakala Putrajaya ialah Pusat Pentadbiran Persekutuan dan Labuan pula menjadi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa.

Oh Malaysia song

On the shore
beyond the tropical sea
You will stand to welcome me
On the shore
beneath the sky so blue
All my dreams at last will come true

Oh, Malaysia
land of glory
Where I found my heart's true love
In a night so warm and tender
With the moon and stars above

On the shore
beyond the tropical sea
You will stand to welcome me
On the shore
beneath the sky so blue
All my dreams at last will come true

When we parted
life was sadness
And the sun refused to shine
Soon we'll meet in dear Malaysia
You will be forever mine

On the shore
beyond the tropical sea
You will stand to welcome me
On the shore
beneath the sky so blue
All my dreams at last will come true

On the shore
beyond the tropical sea
You will stand to welcome me
On the shore
beneath the sky so blue
All my dreams at last will come true

Lagu nyanyian Anneke Grönloh, 1963 YouTube

Institusi Pengajian Tinggi

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia terdiri dari 20 universiti awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti, dan 390 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Peluang meluas disediakan kepada semua lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Malaysia Barat dan Malaysia Timur

Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Pertama ialah Semenanjung Malaysia atau Malaysia Barat atau juga sering di sebut sebagai Semenanjung sahaja. Kedua ialah Malaysia Timur atau Malaysia Borneo. Secara keseluruhan komponen Malaysia terdiri dari 11 negeri, 3 wilayah persekutuan dan 2 wilayah.


Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Negara diperintah oleh Raja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan.

Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (mengikut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan) yang memerintah selama lima tahun mengikut giliran dari kalangan sembilan raja-raja Melayu dari sembilan negeri-negeri Melayu.

Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri

Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh jemaah menteri (menteri kabinet). Sehingga kini (2024) Malaysia telah mempunyai seramai 10 orang Perdana Menteri. Perdana Menteri Malaysia sekarang Anwar Ibrahim (PMX).

  • Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. Corak bendera Malaysia yang ada sekarang ini telah dicipta dalam tahun 1963 bersempena dengan Hari Malaysia. Namun bendera ini hanya mendapat nama Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1997.

  • Kamus bahasa Melayu tertua diterbitkan oleh orang bukan Melayu dalam tahun 1631.

  • Nama Semenanjung Tanah Melayu tertua ialah Aurea Chersonesus.

  • Haiwan kebangsaan Malaysia ialah harimau belang (Harimau Malaya) iaitu subspesies harimau yang hanya ada di Semenanjung Malaysia.

  • Burung kebangsaan Malaysia ialah burung kenyalang (Rhinoceros Hornbill).

  • Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya (Hibiscus rosasinensis) berwarna merah.

  • Islam adalah agama rasmi Persekutuan (Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan).

  • Bahasa rasmi Malaysia (bahasa kebangsaan) ialah Bahasa Melayu seperti mana yang diperuntukkan oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

  • Lagu kebangsaan Malaysia ialah Negaraku.

  • Motto Malaysia ialah 'Bersekutu Bertambah Mutu'

  • Mata wang Malaysia ialah Ringgit Malaysia (RM). Nilai wang kertas Malaysia ialah RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Wang syiling Malaysia adalah dalam nilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

  • Zon masa antarabangsa Malaysia ialah GMT +8. Waktu tempatan di Malaysia adalah lebih awal 5 jam dari waktu di Mekah dan lambat 8 jam dari waktu di London.

  • Kod ISO 3166 Malaysia adalah My.

  • Kod telefon antarabangsa Malaysia ialah +60.

  • Domain Peringkat Tertinggi (TLD) Malaysia di dunia internet ialah .my

  • Gunung Kinabalu (4095 meter) adalah gunung tertinggi di Malaysia dan yang kelima tertinggi di Asia Tenggara di belakang Gunung Hkakaba Razi (5881 m) di Myanmar, Gunung Puncak Jaya (4884 m) di Indonesia, Gunung Puncak Trikora (4730 m) di Indonesia, Gunung Puncak Mandala (4700 m) di Indonesia.

  • Luas Malaysia adalah 329,847 km persegi iaitu yang ke-65 di dunia (kecil sedikit dari Finland dan besar sedikit dari Vietnam).

  • UNESCO mengiktiraf lima tapak warisan dunia di Malaysia iaitu Melaka, George Town, Taman Negara Kinabalu Sabah, Lembah Lenggong, dan Gunung Mulu National Park.

  • Semasa mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia (dinamakan Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu) terdiri dari 9 buah negeri. Semasa pembentukan Malaysia pada 1963, Sabah dan Sarawak dan Singapura. Dalam tahun 1965, Singapura terkeluar dari Malaysia. Dalam tahun 1974, Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Sehingga kini ada 14 buah negeri dalam Malaysia.

  • Semenanjung Malaysia pernah dijajah oleh secara berperingkat dari tahun 1786 hingga 1945 dan dari tahun 1945 hingga 1957.

  • Tentera Jepun menduduki Tanah Melayu semas Perang Dunia Kedua.

  • Melaka pernah dijajah oleh Portugal (1511-1641) dan Belanda (1641-1824).

  • Malaysia menganggotai Negara-negara Komanwel, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Malaysia mula mengjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB atau United Nation) sejak tahun 1957.

  • Pasukan bola sepak Malaysia pernah menyertai Sukan Olimpik sebanyak dua kali.

  • Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel pada 1998. Sukan Komanwel ialah sukan kedua terbesar dunia selepas Sukan Olimpik.

  • Partikel 'lah' paling banyak digunakan dalam bahasa perbualan orang Malaysia. Contoh: pergilah, apalah, OKlah, whatlah.

  • Sarapan pagi paling popular di kalangan orang Malaysia ialah nasik lemak, roti canai dan teh tarik.

  • Kereta pertama keluaran Malaysia ialah Proton Saga.

  • Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong disambut setiap tahun dalam bulan Jun namun ia bukan merupakan tarikh sebenar hari lahir mereka.

  • Jalan keretapi pertama di Malaysia adalah dari pekan Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang). Sistem keretapi tersebut bermula pada 1 Jun 1885 dan dirasmikan oleh Residen Perak iaitu Hugh Low. Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi telah pun bermula sebelum itu lagi iaitu pada tahun 1882.

  • Malaysia menyertai Sukan Olimpik (Sukan Olimpik Musim Panas) sejak 1956 (sebagai Persekutuan Tanah Melayu) namun sehingga kini belum pernah menang emas. Sehingga kini Malaysia hanya berjaya mendapat 22 pingat (11 perak, 11 gangsa). Semua negara jiran Malaysia di Asia Tenggara (ASEAN) telah berjaya mendapat sekurang-kurangnya satu pingat emas.

Cuti Umum Negeri-negeri dan Persekutuan 2024

1 Januari (Isnin) - Sambutan Tahun Baru 2024 dan Cuti Umum Persekutuan kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu


14 Januari (Ahad) - Sambutan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan


15 Januari (Isnin) - Cuti Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (di Negeri Sembilan)


25 Januari (Khamis) - Sambutan Hari Thaipusam dan Cuti Umum di Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak,
Putrajaya dan Selangor


1 Februari (Khamis) - Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Cuti Umum di Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya


8 Februari (Khamis) - Israk Mikraj. Cuti Umum di Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Terengganu


10-11 Februari (Sabtu, Ahad) - Tahun Baru Cina dan Cuti Umum <>di seluruh Persekutuan


12 Februari (Isnin) - Cuti Umum Tahun Baru Cina (semua negeri kecuali Johor)


20 Februari (Selasa) - Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan. Cuti Umum di Melaka


4 Mac (Isnin) - Ulang tahun pertabalan Sultan Terengganu. Cuti Umum negeri di Terengganu


12 Mac (Selasa) - Awal Ramadan. Cuti Umum negeri di Johor, Kedah dan Melaka


23 Mac (Sabtu) - Hari Keputeraan Sultan Johor. Cuti Umum negeri di Johor


28 Mac (Khamis) - Nuzul Qur'an. Cuti Umum di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak


29 Mac (Jumaat) - Good Friday. Cuti Umum di Sabah dan Sarawak


10-11 April (Rabu, Khamis) - Hari Raya Idul Fitri. Cuti Umum Persekutuan


26 April (Jumaat) - Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Cuti Umum di Terengganu


1 Mei (Rabu)- Hari Pekerja. Cuti Umum Persekutuan


17 Mei (Jumaat) - Hari Keputeraan Raja Perlis. Cuti Umum di Perlis


22 Mei (Rabu) - Hari Hol Pahang. Cuti Umum di Pahang


22 Mei (Rabu) - Hari Wesak. Cuti Umum Persekutuan


30 Mei (Khamis) - Pesta Kaamatan 1. Cuti Umum di Labuan dan Sabah


31 Mei (Jumaat) - Pesta Kaamatan 2. Cuti Umum di Labuan dan Sabah


1 Jun (Sabtu) - Hari Gawai. Cuti Umum di Sarawak


2 Jun (Ahad) - Hari Gawai (hari kedua). Cuti Umum di Sarawak


3 Jun (Isnin) - Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong. Cuti Umum Persekutuan


4 Jun (Selasa) - Hari Gawai (hari ketiga). Cuti Umum di Sarawak


16 Jun (Ahad) - Hari Arafah. Cuti Umum di Kelantan dan Terengganu


17 Jun (Isnin) - Hari Raya Haji (Idul Adha). Cuti Umum Persekutuan


18 Jun (Selasa) - Hari Raya Haji (Idul Adha) hari ke-2. Cuti Umum di Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu


30 Jun (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Kedah. Cuti Umum di Kedah


7 Julai (Ahad) - Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown. Cuti Umum di Pulau Pinang


7 Julai (Ahad) - Awal Muharram. Cuti Umum seluruh Persekutuan


8 Julai (Isnin) - Cuti sempena Awal Muharram. Cuti Umum di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu


9 Julai (Selasa) - Cuti ganti sempena Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown. Cuti Umum di Pulau Pinang


13 Julai (Sabtu) - Hari lahir Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Cuti Umum di Pulau Pinang


22 Julai (Isnin) - Hari Sarawak. Cuti Umum di Sarawak


30 Julai (Selasa) - Hari Keputeraan Sultan Pahang. Cuti Umum di Pahang.


11 Ogos (Ahad) - Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Cuti Umum di Johor


24 Ogos (Sabtu) - Ulang Tahun Kelahiran Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Cuti Umum di Melaka

31 Ogos (Sabtu) - Sambutan Hari Kebangsaan (Hari Merdeka). Cuti Umum Persekutuan


16 September (Isnin) - Hari Malaysia. Cuti Umum Persekutuan


16 September (Isnin) - Maulidur Rasul. Cuti Umum Persekutuan


29 September (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Cuti Umum di Kelantan


30 September (Isnin) - Hari Keputeraan Sultan Kelantan (hari kedua). Cuti Umum di Kelantan


5 Oktober (Sabtu) - Ulang Tahun Kelahiran Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Cuti Umum di Sabah


12 Oktober (Sabtu) - Ulang Tahun Kelahiran Yang Di-Pertua Negeri Sarawak. Cuti Umum di Sarawak


31 Oktober (Khamis) - Deepavali. Cuti Umum Persekutuan kecuali di Sarawak


1 November (Jumaat) - Hari Keputeraan Sultan Perak. Cuti Umum di negeri Perak


11 Disember (Rabu) - Hari Keputeraan Sultan Selangor. Cuti Umum di Selangor


24 Disember (Selasa) - Cuti Hari Natal di wilayah Sabah


25 Disember (Rabu) - Hari Krismas. Cuti Umum Persekutuan


web counter