Malaysiana

Negeri-negeri di Malaysia

  1. Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang dipisahkan oleh Laut China Selatan.

    • Pertama ialah Semenanjung Malaysia atau Malaysia Barat atau juga sering di sebut sebagai Semenanjung sahaja.

    • Kedua ialah Malaysia Timur atau Malaysia Borneo.

  2. Secara keseluruhan komponen Malaysia terdiri dari 11 negeri, 3 wilayah persekutuan dan 2 wilayah.

    • 11 negeri tersebut terletak di Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

    • 3 Wilayah Persekutuan ialah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

    • 2 wilayah ialah Sabah dan Sarawak

  3. Sebelum ini, Sabah dan Sarawak adalah negeri. Namun pada 13 Januari 2023, Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Sabah dan Sarawak telah berstatus wilayah dan bukan lagi negeri.

  4. Sembilan negeri di Semenanjung masih diperintah oleh raja. Perlis diketuai oleh seorang Raja manakala Negeri Sembilan diketuai oleh Yang di-Pertuan Besar. Negeri Pulau Pinang, Melaka, serta wilayah Sabah dan Sarawak diketua oleh Yang di-Pertua Negeri. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya diketuai oleh seorang Datuk Bandar.